Di hadapan Malacca House
Baba Nyonya Heritage Museum
SEJARAH ASAL USUL BABA NYONYA :
- Perkataan Peranakan bermaksud keturunan Cina bercampur dengan Melayu. Peranakan lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Kaum lelaki masyarakat ini digelar Baba manakala kaum wanita dikenali sebagai Nyonya. Perkataan Nyonya dipinjam daripada perkataan Dona dalam bahasa Portugis yang bermaksud perempuan. Manakala perkataan Baba dipinjam daripada bahasa Hindu yang bermaksud bapa atau lelaki dewasa.
- Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya. Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada faktor kisah pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina tersebut.
- Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina juga dikenali sebagai peranakan. Pada zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, sekumpulan pedagang Cina yang menggabungkan pengaruh Cina dan Melayu ke dalam budaya dan gaya hidup mereka seperti terpapar di atas. Mereka adalah golongan unik di antara kalangan kaum Cina yang terdapat di Malaysia. Kebanyakan Baba dan Nyonya berasal dari Negeri Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai peranakan kerana kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum Cina dan Melayu adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai Baba dan Nyonya.
3 comments:
salam..boleh tak saya nak tahu dkat mana saya perlu menemuramah tentang kaum ini..saya perlu melengkapkan research saya ini.ni email saya nurhaz_along@yahoo.com
salam..nak tanya ada tak maklumat tentang adat kelahiran dan kematian kaum baba dan nyonya ni?kalu ada ada pelease email me at irdahaniem@yahoo.com
maaf jika bertanya, dimanakah saudarai dapat sumber-sumber diatas? tajuk buku dan sebagainya? terima kasih.
Post a Comment