Saturday, July 26, 2008

Tanda-tanda ajal hampir tiba...

Gambar ketika kursus pengurusan jenazah di Masjid Al-Alami

  • Ni adalah tanda pertama dari Allah SWTkepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yangdikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akanberlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambutsehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akanmengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedarakan kehadiran tanda ini.


  • Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyutdengan kenikmatan tanpa memikirkan soalkematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diridengan amalan dan urusan yang akandibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

    Gambar sewaktu kursus pengurusan jenazah anjuran UTeM

  • TANDA 40 HARI:

~Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas Arash Allah SWT.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadiMalaikat Maut ini akanmemperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakanseakan-akan bingung seketika.



~Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

  • TANDA 7 HARI

~Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakityang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

  • TANDA 3 HARI

~Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidakakan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akanperlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akanperlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

  • TANDA 1 HARi

~Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu dikawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untukmenemui waktu Asar keesokan harinya.

  • TANDA AKHIR

~Akan berlaku keadaan di mana kita akanmerasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telahmenghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

  • Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak

Masyarakat Chetti di Melaka

  • ‘CHETTI’ ialah suatu kelompok masyarakat minority India yang beragama Hindu yang tinggal di Melaka. Dalam pergaulan seharian, kita tidak mengenali secara khusus masyarakat Chetti, kerana dari segi proses rupanya telah mengalami suatu asimilasi perkahwinan campuran antara berbagai kaum. Rupanya mirip orang-orang Melayu – India. Kehidupan mereka tidak berbeza dengan masyarakat-masyarakat lain.
  • Masyarakat India Chetti Melaka masih mengamalkan nilai-nilai budaya nenek moyang mereka yang berpegang teguh kepada ajaran Agama Hindu.
  • Bahasa Ibunda orang India Chetti ialah Bahasa Melayu/Malaysia. Mereka tidak boleh bertutur dalam Bahasa Tamil tetapi mirip kepada pelat India.
  • Mereka tidak mengenali asal-usulnya dan hubungan dengan saudara mara di India terputus langsung tidak seperti Masyarakat India yang lain yang mempunyai hubungan yang rapat dengan negara asal mereka. Masyarakat Chetti hanya menumpukan kasih sayang mereka hanya kepada Malaysia sebagai tanah air mereka.
  • Dari segi ekonomi Masyarakat Chetti Melaka hanya bergantung kepada makan gaji.
  • Masyarakat Chetti hidup secara berkelompok , kebanyakannya tertumpu di kawasan Gajah Berang, Melaka tetapi sekarang ini terdapat juga Masyarakat Chetti yang tinggal merata-rata kerana menumpukan kepada pekerjaan sesuatu tempat.
  • Wajah/rupa paras orang-orang Chetti wujud daripada kahwin campur antara masyarakat India Hindu dengan orang-orang tempatan seperti orang melayu, cina dan juga daripada orang Jawa dan Batak.
  • Pakaian mereka seperti pakaian orang-orang melayu, bagi orang perempuan biasanya memakai kebaya, sarong dan orang lelaki ramai memakai baju melayu kain sarong, khususnya orang dewasa dan tua.

Program Tanaman Semula Getah


  • Biasanya, program penanaman semula getah dilakukan apabila pokok getah yang telah ditanam berusia lebih 15 hingga 20 tahun. Program ini dilaksanakan kerana pokok getah yang ada tidak lagi mampu mengeluarkan hasil.

  • Program ini biasanya dilakukan secara individu atau berkelompok. Apabila ianya dilaksanakan secara berkelompok, ia melibatkan 6 hingga 8 orang pekebun kecil atau tanah yang berukuran lebih daripada 10 hektar.

  • RISDA adalah badan berkanun yang terlibat secara langsung dalam program penanaman semula ini. RISDA juga yang memberi bantuan sebanyak RM7000 untuk setiap hektar tanah. Bantuan adalah dalam bentuk wang tunai dan harta benda (termasuk biji benih dan baja).

  • Bantuan diberi secara 6 ansuran iaitu :
    ~ apabila kebun getah telah dibersihkan

~ apabila pekebun kecil mula menanam getah

~ bantuan seterusnya akan diberi setiap tahun (perkembangan pokok getah akan dipantau dari semasa ke semasa oleh Pegawai Luar RISDA)

  • Biasanya, pokok getah hanya mula ditoreh apabila umur pokok tersebut mencapai 4 hingga lima tahun atau ukur lilit pokok telah mencapai 18 inci. Pokok getah ditoreh dari paras lima kaki dari tanah.

  • Pada masa kini harga getah mengikut SMR20 telah mencecah RM10.30 sekilo. Harga yang diterima oleh pekebun kecil di kampung-kampung ialah RM4.50 hingga RM5 sekilo. Ini adalah satu harga yang tinggi berbanding dengan harga pada 3 tahun yang lalu iaitu harganya tidak sampai RM1 untuk sekilo. Harga getah pada masa kini dapat pembantu para pekebun kecil untuk menampung hidup di era kenaikan harga minyak yang mendadak.

Semua maklumat ini boleh diperolehi di Pejabat RISDA daerah atau negeri. Ia juga boleh didapati di laman web rasmi RISDA :

http://www.risda.gov.my/v2/

video

Hasil Kraftangan yang diperbuat daripada daun getah

PROSES YANG TERLIBAT DALAM PENGHASILAN KRAFTANGAN DENGAN MENGGUNAKAN DAUN GETAH.
  • Pemilihan daun yang sesuai :

Daun-daun getah yang telah dipetik


~Terdapat beberapa proses dalam penghasilan kraftangan menggunakan daun getah. Pada awalnya, daun-daun getah dipetik daripada pokok-pokok getah yang berusia 2 tahun. Daun-daun yang dipilih adalah daripada daun-daun yang terbaik iaitu tidak rosak dan mudah diproses. Jika daun yang dipilih adalah daun yang rosak, hasil kraftangan yang akan dihasilkan adalah tidak memuaskan.

~Tempat memproses daun-daun getah yang kami kunjungi untuk membuat liputan adalah di Kampung Ulu Rokan, Gemencheh Negeri Sembilan. Kami dapat melihat bagaimana daun-daun getah itu diproses untuk dijadikan kraftangan.

  • Rendam daun-daun getah dalam air :
Tangki yang digunakan untuk merendam daun-daun yang telah dipetik
Daun getah yang telah direndam

Daun yang telah dicuci bersih

~Proses seterusnya adalah merendam daun-daun getah yang telah dipilih ke dalam tangki berisi air paip. Daun-daun tersebut direndam selama sebulan supaya daun-daun itu mereput. Daun-daun yang direndam tadi hendaklah dikacau sepanjang ianya direndam. Jika daun-daun itu tidak dikacau sewaktu rendaman, ianya akan rosak dan tidak akan mereput dengan baik. Sewaktu proses rendaman yang dijalankan selama sebulan, pokok-pokok yang telah diambil daunnya akan mengeluarkan daun yang baru. Oleh itu, terdapat daun-daun baru yang boleh digunakan untuk direndam.

~Daun-daun yang telah direndam tadi kemudiannya akan dibasuh dengan air sehingga bersih. RISDA telah membekalkan mereka dengan alatan untuk membasuh daun-daun ini. Alatan ini dapat mempercepat dan memudahkan lagi proses untuk membasuh daun-daun tersebut. Ketika proses ini dijalankan, daun-daun yang tidak mereput dengan betul hendaklah diasingkan supaya ia boleh menjalani proses rendaman semula.

  • Rendam dalam bahan pemutih (clorox) :

Bahan pemutih (clorox) yang dicampur dengan air

Daun yang direndam dalam bahan pemutih

~Daun-daun yang telah dibasuh tadi perlu direndam di dalam ubat pemutihan pembasmi kotoran ( clorox) yang dicampur dengan air. Proses ini dilakukan untuk memutihkan daun-daun tersebut supaya kelihatan lebih cantik dan menarik. Proses rendaman ini dilakukan selama 5 hingga 6 jam.

  • Proses mengeringkan daun dan mengubah bunga :

Daun yang telah dikeringkan dan diikat untuk digubah

Bunga yang telah siap digubah

~Kemudian, proses yang selanjutnya ialah pengeringan daun-daun getah. Daun-daun getah tadi dikeringkan di bawah cahaya matahari sehingga daun itu kering sepenuhnya. Daun-daun yang telah dikeringkan itu tadi akan diikat mengikut kesesuaian supaya proses membentuk bunga yang akan dilakukan selepas ini akan menjadi lebih mudah dan cepat.

http://www.rain-tree.com/rubber.htm


video

Masyarakat Baba Nyonya di Melaka Bandaraya Bersejarah (samb)


Pasangan pengantin Baba Nyonya


Pasangan pengantin bersama pengiring
kanak-kanak


BUDAYA BABA DAN NYONYA
Pengenalan budaya Baba Nyonya :
  • Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu.

Pakaian :

  • Pakaian masyarakat Baba dan Nyonya juga mempunyai pengaruh daripada cara berpakaian masyarakat Melayu. Kebanyakan generasi Nyonya (kaum perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh kaum-kaum perempuan masyarakat Melayu. Pakaian kebaya dan sarong ini merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Pakaian kebaya dan sarong ini telah di asimilasikan oleh nenek moyang mereka yang terdahulu dengan cara berpakaian masyarakat Melayu dan diwarisi oleh generasi ke generasi sehingga sekarang.
    Pakaian
    baju kebaya ini dibuat daripada kain atau benang sutera. Kebaya ini dibuat sendiri dengan menggunakan seni sulaman tangan yang halus dan terperinci. Kini, harga pasaran bagi kebaya Nyonya ini adalah agak tinggi di pasaran.

Bahasa :

  • Bahasa masyarakat Baba dan Nyonya adalah campuran antara bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Kebanyakan nahu bahasa Baba dan Nyonya ini adalah berasal daripada bahasa melayu. Namun begitu, bahasa Baba ini adalah berbeza daripada bahasa Melayu dalam pelbagai aspek. Oleh sebab itu, ia merupaka bahasa yang berasingan dengan bahasa Melayu.
    Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan cina, umpamanya lai untuk ‘datang’ dan banyak lagi kecenderungan ke arah dialek Hokkien, yang mana tidak dapat difahami oleh masyarakat melayu. Kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya tidak memahami perkataan dan dialek bahasa Melayu.


  • Antara perbendaharaaan kata yang digunakan oleh masyarakat Baba dan Nyonya adalah:

~ Saya = goa (bahasa Hokkien)
~Anda = lu (bahasa Hokkien)
~Dia = dia (bahasa Melayu)
~ Kita = kita (bahasa Melayu)

Upacara Perkahwinan :

  • Perkahwinan tradisional baba nyonya merupakan satu majlis yang memenatkan dan akan berlangsung selama 12 hari. Menurut mereka jika orang yang sama berkahwin sekali lagi pun, dia tidak akan berpeluang untuk mempunyai upacara sebegini sekali lagi. Segala urusan mencari jodoh bagi anak perempuan akan diuruskan oleh ibu bapa mereka, mereka tidak boleh membantah keputusan orang tua. Jika seseorang perempuan itu belum berkahwin sebelum usia 20 tahun mereka akan dianggap sebagai anak dara tua, mereka juga akan mengalami kesukaran dalam soal mencari jodoh. Bagi pihak lelaki pula, mereka selalunya akan berkahwin dalam usia 20 tahun.
  • Permulaan majlis perkahwinan baba nyonya bermula apabila pihak pengantin perempuan menerima rombongan peminangan daripada pihak pengantin lelaki. Orang tua pasangan pengantin akan menguruskan tarikh melangsungkan perkahwinan, setelah mereka memilih satu hari yang baik (bertuah) dengan menggunakan kalendar cina jemputan akan dikeluarkan. Jemputan akan dikeluarkan kepada mereka yang terlibat, jemputan ini dipanggil “antah sireh”. Masyarakat baba nyonya tidak menggunakkan kad jemputan sebaliknya mereka menghantar wang yang mengandungi kacang , limau, dan daun sirih (sekapur sirih) sebagai ganti. Seorang nyonya tua akan diberi tugas ini iaitu pergi ke rumah-rumah tertentu untuk menghantar jemputan yang unik ini, walaupun setiap keluarga menerima sehelai daun sirih tetapi ia bermaksud untuk menjemput seluruh keluarga ke majlis perkahwinan itu.


~ Inilah adalah serba sedikit sejarah asal usul masyarakat Baba Nyonya di Melaka yang dapat saya kongsi dengan anda semua melalui blog ini. Laman web yang saya senaraikan boleh digunakan untuk memperolehi maklumat lanjut mengenai masyarakat ini.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Baba_dan_Nyonya



Masyarakat Baba Nyonya di Melaka Bandaraya Bersejarah


Di hadapan Malacca House


Baba Nyonya Heritage Museum



SEJARAH ASAL USUL BABA NYONYA :

  • Perkataan Peranakan bermaksud keturunan Cina bercampur dengan Melayu. Peranakan lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Kaum lelaki masyarakat ini digelar Baba manakala kaum wanita dikenali sebagai Nyonya. Perkataan Nyonya dipinjam daripada perkataan Dona dalam bahasa Portugis yang bermaksud perempuan. Manakala perkataan Baba dipinjam daripada bahasa Hindu yang bermaksud bapa atau lelaki dewasa.


  • Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya. Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada faktor kisah pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina tersebut.


  • Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina juga dikenali sebagai peranakan. Pada zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, sekumpulan pedagang Cina yang menggabungkan pengaruh Cina dan Melayu ke dalam budaya dan gaya hidup mereka seperti terpapar di atas. Mereka adalah golongan unik di antara kalangan kaum Cina yang terdapat di Malaysia. Kebanyakan Baba dan Nyonya berasal dari Negeri Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai peranakan kerana kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum Cina dan Melayu adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai Baba dan Nyonya.