Saturday, July 26, 2008

Masyarakat Chetti di Melaka

  • ‘CHETTI’ ialah suatu kelompok masyarakat minority India yang beragama Hindu yang tinggal di Melaka. Dalam pergaulan seharian, kita tidak mengenali secara khusus masyarakat Chetti, kerana dari segi proses rupanya telah mengalami suatu asimilasi perkahwinan campuran antara berbagai kaum. Rupanya mirip orang-orang Melayu – India. Kehidupan mereka tidak berbeza dengan masyarakat-masyarakat lain.
  • Masyarakat India Chetti Melaka masih mengamalkan nilai-nilai budaya nenek moyang mereka yang berpegang teguh kepada ajaran Agama Hindu.
  • Bahasa Ibunda orang India Chetti ialah Bahasa Melayu/Malaysia. Mereka tidak boleh bertutur dalam Bahasa Tamil tetapi mirip kepada pelat India.
  • Mereka tidak mengenali asal-usulnya dan hubungan dengan saudara mara di India terputus langsung tidak seperti Masyarakat India yang lain yang mempunyai hubungan yang rapat dengan negara asal mereka. Masyarakat Chetti hanya menumpukan kasih sayang mereka hanya kepada Malaysia sebagai tanah air mereka.
  • Dari segi ekonomi Masyarakat Chetti Melaka hanya bergantung kepada makan gaji.
  • Masyarakat Chetti hidup secara berkelompok , kebanyakannya tertumpu di kawasan Gajah Berang, Melaka tetapi sekarang ini terdapat juga Masyarakat Chetti yang tinggal merata-rata kerana menumpukan kepada pekerjaan sesuatu tempat.
  • Wajah/rupa paras orang-orang Chetti wujud daripada kahwin campur antara masyarakat India Hindu dengan orang-orang tempatan seperti orang melayu, cina dan juga daripada orang Jawa dan Batak.
  • Pakaian mereka seperti pakaian orang-orang melayu, bagi orang perempuan biasanya memakai kebaya, sarong dan orang lelaki ramai memakai baju melayu kain sarong, khususnya orang dewasa dan tua.

2 comments:

lubby said...

tq cooo much....:)

syadz said...

saya gunakan bahan awak untuk siapkan assigment saya sebagai bahan tambahan.... trima kasih...
lawatlah blog saya di LOGHAT ETNIK DI MALAYSIA...