- Pemilihan daun yang sesuai :
Daun-daun getah yang telah dipetik
~Terdapat beberapa proses dalam penghasilan kraftangan menggunakan daun getah. Pada awalnya, daun-daun getah dipetik daripada pokok-pokok getah yang berusia 2 tahun. Daun-daun yang dipilih adalah daripada daun-daun yang terbaik iaitu tidak rosak dan mudah diproses. Jika daun yang dipilih adalah daun yang rosak, hasil kraftangan yang akan dihasilkan adalah tidak memuaskan.
~Tempat memproses daun-daun getah yang kami kunjungi untuk membuat liputan adalah di Kampung Ulu Rokan, Gemencheh Negeri Sembilan. Kami dapat melihat bagaimana daun-daun getah itu diproses untuk dijadikan kraftangan.
- Rendam daun-daun getah dalam air :
Daun yang telah dicuci bersih
~Proses seterusnya adalah merendam daun-daun getah yang telah dipilih ke dalam tangki berisi air paip. Daun-daun tersebut direndam selama sebulan supaya daun-daun itu mereput. Daun-daun yang direndam tadi hendaklah dikacau sepanjang ianya direndam. Jika daun-daun itu tidak dikacau sewaktu rendaman, ianya akan rosak dan tidak akan mereput dengan baik. Sewaktu proses rendaman yang dijalankan selama sebulan, pokok-pokok yang telah diambil daunnya akan mengeluarkan daun yang baru. Oleh itu, terdapat daun-daun baru yang boleh digunakan untuk direndam.
~Daun-daun yang telah direndam tadi kemudiannya akan dibasuh dengan air sehingga bersih. RISDA telah membekalkan mereka dengan alatan untuk membasuh daun-daun ini. Alatan ini dapat mempercepat dan memudahkan lagi proses untuk membasuh daun-daun tersebut. Ketika proses ini dijalankan, daun-daun yang tidak mereput dengan betul hendaklah diasingkan supaya ia boleh menjalani proses rendaman semula.
- Rendam dalam bahan pemutih (clorox) :
Bahan pemutih (clorox) yang dicampur dengan air
Daun yang direndam dalam bahan pemutih
~Daun-daun yang telah dibasuh tadi perlu direndam di dalam ubat pemutihan pembasmi kotoran ( clorox) yang dicampur dengan air. Proses ini dilakukan untuk memutihkan daun-daun tersebut supaya kelihatan lebih cantik dan menarik. Proses rendaman ini dilakukan selama 5 hingga 6 jam.
- Proses mengeringkan daun dan mengubah bunga :
Daun yang telah dikeringkan dan diikat untuk digubah
Bunga yang telah siap digubah
~Kemudian, proses yang selanjutnya ialah pengeringan daun-daun getah. Daun-daun getah tadi dikeringkan di bawah cahaya matahari sehingga daun itu kering sepenuhnya. Daun-daun yang telah dikeringkan itu tadi akan diikat mengikut kesesuaian supaya proses membentuk bunga yang akan dilakukan selepas ini akan menjadi lebih mudah dan cepat.
No comments:
Post a Comment