Saturday, July 26, 2008

Program Tanaman Semula Getah


  • Biasanya, program penanaman semula getah dilakukan apabila pokok getah yang telah ditanam berusia lebih 15 hingga 20 tahun. Program ini dilaksanakan kerana pokok getah yang ada tidak lagi mampu mengeluarkan hasil.

  • Program ini biasanya dilakukan secara individu atau berkelompok. Apabila ianya dilaksanakan secara berkelompok, ia melibatkan 6 hingga 8 orang pekebun kecil atau tanah yang berukuran lebih daripada 10 hektar.

  • RISDA adalah badan berkanun yang terlibat secara langsung dalam program penanaman semula ini. RISDA juga yang memberi bantuan sebanyak RM7000 untuk setiap hektar tanah. Bantuan adalah dalam bentuk wang tunai dan harta benda (termasuk biji benih dan baja).

  • Bantuan diberi secara 6 ansuran iaitu :
    ~ apabila kebun getah telah dibersihkan

~ apabila pekebun kecil mula menanam getah

~ bantuan seterusnya akan diberi setiap tahun (perkembangan pokok getah akan dipantau dari semasa ke semasa oleh Pegawai Luar RISDA)

  • Biasanya, pokok getah hanya mula ditoreh apabila umur pokok tersebut mencapai 4 hingga lima tahun atau ukur lilit pokok telah mencapai 18 inci. Pokok getah ditoreh dari paras lima kaki dari tanah.

  • Pada masa kini harga getah mengikut SMR20 telah mencecah RM10.30 sekilo. Harga yang diterima oleh pekebun kecil di kampung-kampung ialah RM4.50 hingga RM5 sekilo. Ini adalah satu harga yang tinggi berbanding dengan harga pada 3 tahun yang lalu iaitu harganya tidak sampai RM1 untuk sekilo. Harga getah pada masa kini dapat pembantu para pekebun kecil untuk menampung hidup di era kenaikan harga minyak yang mendadak.

Semua maklumat ini boleh diperolehi di Pejabat RISDA daerah atau negeri. Ia juga boleh didapati di laman web rasmi RISDA :

http://www.risda.gov.my/v2/

No comments: